Categories : Semasa

 

ANGGOTA polis menggunakan sampan untuk meninjau kawasan yang di landa banjir, disekitar daerah Pitas, Kota Marudu.-Foto Mohd Ruzaimi Zulkepli

KOTA KINABALU: Sebanyak 13 sekolah ditutup akibat banjir di Pitas dan Beluran, esok.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata tujuh sekolah ditutup di Beluran, manakala enam lagi di Pitas, berikutan kawasannya dinaiki air atau terputus laluan.

Katanya, sekolah yang ditutup di Beluran ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, SK Sungai-Sungai, SK Binsulung, SK Lubang Buaya, SK Tangkarason, SK Golong dan SK Bawang.

Bagi daerah Pitas, katanya, sekolah yang ditutup ialah SK Sosop, SK Dallas, SK Kusilad, SK Pantai, SK Salimpopod dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2.

“SK Salimpopod ditutup kerana kelas dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir. Dua lagi sekolah iaitu SK Rukom dan SK Pitas 2 turut dijadikan pusat pemindahan tetapi proses pembelajaran dan pengajaran diteruskan.

“Esok Pegawai Pendidikan Beluran akan memantau situasi sekolah yang terjejas akibat banjir di daerah terbabit,” katanya kepada BH di sini, sebentar tadi.

Bagi Kota Marudu, katanya, semua sekolah dijadualkan dibuka esok.

Katanya, sebuah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir di daerah itu iaitu SK Taritipan, juga akan dibuka esok.

“Sekolah dibuka apabila kami dimaklumkan semua mangsa banjir yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang manakala pusat pemindahan di sekolah itu ditutup petang tadi,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp