Categories : Hiburan

 

KUALA LUMPUR: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 pada 14 Mei lalu diikuti hampir 15 juta orang menerusi pelbagai platform.

Menurut perangkaan dikeluarkan oleh Nielsen Television Audience Measurement (TAM) dan Google Analytics, program secara langsung itu merekod jumlah tontonan tertinggi 5.2 juta orang menerusi TV3, manakala lebih 1.3 juta lagi mengikuti siaran langsung program karpet merah yang disiarkan oleh TV9.

Kira-kira empat juta peminat mengikuti perkembangan mengenai malam penentuan anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu menerusi Facebook TV3 Malaysia, sementara lebih 3.2 juta orang berbuat demikian menerusi Facebook Berita Harian (BH) Online.

Facebook Live BH Online sempena acara anjuran akhbar BH itu juga diikuti oleh lebih 330,000 orang, manakala lebih 100,000 lagi mengikuti perkembangan acara kemuncak melalui Instagram rasmi ABPBH 3.0 (@abpbh3.0).

Pada malam itu juga, lebih 451,000 peminat menyaksikan siaran langsung acara terbabit melalui laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my.

Pada edisi ke-30 ABPBH, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, artis sensasi, Fattah Amin, diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, selain membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp