Categories : Hiburan

 

ZIANA Zain menunjukkan produk jualannya kepada pengunjung. – Foto NSTP

KOTA BHARU: Seramai 17 artis tanah air bergelar usahawan berkampung di sini, sejak semalam, bagi memperkenalkan barangan jualan mereka kepada pengguna di Pantai Timur.

Antara wajah popular yang mengambil bahagian termasuk Ziana Zain, Fasha Sandha, Ifa Raziah, Fathia Latif dan Fahrin Ahmad. Selain berniaga, mereka menggunakan kesempatan berkenaan untuk bertemu peminat masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik (MR), Kimi Iskandar Ismail, berkata semua artis yang terbabit memberikan komitmen sebagai peniaga pada festival fesyen dan kecantikan berkenaan dengan sangat baik.

“Kami memang memberikan peluang kepada artis untuk memasarkan produk mereka, selain bertemu peminat.

FASHA bersama Kimi Iskandar Ismail.

“Semua artis yang terbabit memang setia dengan MR, selain sudah semakin mahir dalam urusan perniagaan,” katanya kepada BH Online.

Ifa ketika ditemui berkata, peluang perniagaan yang diberikan sangat berbaloi dan membuka cabang rezeki baharu yang bermakna kepada artis.

“Kami juga diberikan ilmu dan diajar bagaimana untuk memasarkan barangan dan memastikan dapat keuntungan,” katanya.

SEKITAR festival kecantikan dan fesyen Mood Republik di Kota Bharu.

Ziana pula berkata, peluang berniaga itu turut memberikan peluang kepada artis mendekati peminat masing-masing di lokasi disinggahi.

Sementara itu, sebanyak RM10,000 wang tunai dibelanjakan dalam aktiviti hujan duit, sejak semalam, yang menarik lebih 20,000 pengunjung ke acara jualan terbabit.

Carian Tronexus.rocks:

  • tronexus kota bharu

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp