Categories : Semasa

 

KUALA LUMPUR: Hari Kopi WONDA Antarabangsa (IWCD) tahun ini bakal menampilkan pelbagai kejutan dan tawaran pembelian yang lebih menarik untuk pencinta minuman berkenaan di Malaysia.

Menerusi jalinan ikatan istimewa pencinta kopi, WONDA memperkenalkan tiga varian minuman premium baharu kopi dari negara yang terkenal dengan biji kopinya, untuk tempoh terhad.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuban T Sundaram, berkata tiga varian terbaharu itu adalah daripada rangkaian ‘WONDA 100% Arabica Brew’ yang dihasilkan di Malaysia.

Katanya, penghasilan minuman premium itu menggunakan 100 peratus biji kopi ‘Arabika’ yang dituai dari negara pengeluar terkenal seperti Brazil, Columbia dan Indonesia.

“WONDA 100% Arabika, Colombian Coffee’ hanya dijual di kedai Shell Select dengan tawaran ‘beli dua percuma dua’ sepanjang tempoh 28 Ogos hingga 1 September ini.

“Dalam tempoh sama, penggemar kopi boleh membeli ‘WONDA 100% Arabika, Brazilian Coffee’ di kedai serbaneka, 7-Eleven dengan harga promosi khas, hanya RM1.20 setin,” katanya.

Katanya, ‘WONDA 100% Arabika, Indonesian Mandheling Coffee’ pula dijual secara eksklusif di Kedai Mesra PETRONAS, bersama peluang memenangi kad petrol percuma bernilai RM5,000 setiap hari, mulai hari ini hingga 31 Ogos.

Santharuban berkata, peraduan merebut kad petrol percuma dengan jumlah keseluruhan RM60,000 itu memerlukan peserta membeli dua tin kopi WONDA dalam satu resit di mana-mana Kedai Mesra PETRONAS.

Peserta kemudian hanya perlu menghantar butiran peribadi mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor yang disediakan, selain menyimpan resit pembelian asal sebagai bukti.

“Senarai pemenang akan diumumkan di laman Facebook WONDA Coffee Malaysia,” katanya.

Untuk lebih memeriahkan, ketiga-tiga promosi ditawarkan di kedai Shell Select, 7-Eleven dan Kedai Mesra PETRONAS diperluaskan untuk rangkaian kopi WONDA lain seperti ‘Original’, ‘Mocha’, ‘Latte’, Kopi Tarik serta ‘Extra Presso’.

“Kami ingin memberi pengalaman kopi bertaraf antarabangsa yang tiada tandingannya di Malaysia dan pendedahan kepada jenis kopi premium sedia ada dengan memperkenalkan tiga varian minuman baharu itu.

“Amat menarik apabila kopi mampu mengumpul individu dari seluruh pelosok dunia. Justeru IWCD diraikan dengan menyuntik kegembiraan dan tawaran pelbagai promosi hebat sebagai ganjaran kepada pengguna setia kami,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp