Categories : Semasa

 

MELAKA: Seramai 310,000 pemegang akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini bakal beralih kepada penggunaan meter pintar atau Grid Pintar, mulai Julai depan.

Pengurus Besar TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad, berkata pemegang akaun itu membabitkan premis sedia ada seperti rumah, komersial dan domestik berdaftar di seluruh negeri, yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan bagi tempoh pemasangan sepenuhnya.

“Dalam tempoh ini, kita bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai meter pintar ini.

“Pemasangan ini tidak membabitkan caj tambahan dan kenaikan tarif,” katanya sambil menambah kemudahan itu akan diperluaskan ke seluruh negara kelak.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp