Categories : Jenayah

 

KEBAKARAN membabitkan empat bas kilang dan sebuah van di kawasan parkir di Taman Tiram Indah, dekat Lunas, awal pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

KULIM: Empat bas kilang dan sebuah van hangus dalam satu kebakaran di kawasan parkir di Taman Tiram Indah, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi, empat bas terbabit rentung manakala satu daripada empat van kilang yang ditempatkan di kawasan parkir itu terbakar 15 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.16 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama 11 anggota serta sebuah jentera bomba, dengan dibantu sebuah jentera Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS).

TINDAKAN pemadaman segera dilakukan dengan menggunakan dua aliran dan tiga pancutan sehingga api berjaya dikawal kira-kira jam 3.51 pagi. – Foto ihsan Bomba

“Setiba di tempat kejadian kami dapati empat van kilang sedang terbakar yang kemudian merebak ke sebuah van berhampiran. Tindakan pemadaman segera dilakukan dengan menggunakan dua aliran dan tiga pancutan sehingga api berjaya dikawal kira-kira jam 3.51 pagi.

“Tiada mangsa yang terbabit dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp