Categories : Semasa

 

EMPAT wartawan BH di hadapan papan tanda Annapurna BC pada ketinggian 4,130 meter. – Foto Luqman Hakim Zuber

ANNAPURNA, Nepal: Empat wartawan BH antara 62 peserta yang berjaya melepasi cabaran pendakian ke Annapurna Base Camp (ABC) setinggi 4,130 meter, semalam.

Pengarang Berita (Online), Khirul Bahri Basaruddin; Pengarang Berita, Zainuri Misfar; Ketua Biro BH Pahang, Abdul Razak Raaff dan wartawan Biro Putrajaya, Irwan Shafrizan Ismail, berjaya tiba di ABC kira-kira jam 12 tengah hari selepas mendaki sejak Khamis lalu.

Ekspedisi turut disertai warga Media Prima Berhad iaitu Pengarang Bersekutu (Berita dan Integrasi Media) Harian Metro, Noor Sham Saleh; Pengarang Bersekutu (Rencana) Harian Metro, Husain Jahit dan Ketua Biro TV3 Pahang, yang juga ketua ekspedisi, Fazli Ahmad.

Selain itu, Pengarang TV3, Shaharil Kadir; jurukamera TV3, Bazaei Ahmad dan Mohd Jufri Mohd Judin ; jurugambar The New Straits Time Press (NSTP), Luqman Hakim Zubir, wartawan Harian Metro, Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan wartawan NST, Fernando Fong.

Ekspedisi turut disertai 21 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari seluruh negara; lima wakil Kementerian Kesihatan serta lima ahli persatuan belia Pahang dan Terengganu

Kejayaan ini bakal dicatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi kumpulan terbesar dari Malaysia yang berjaya menamatkan ekspedisi di bumi Nepal itu.

Peserta memulakan pendakian dari Siwai empat hari lalu dengan melalui cabaran laluan trek bertangga.

Peserta turut berdepan cabaran cuaca tidak menentu, hujan batu dan salji dengan suhu yang mencecah -5 Celsius ketika tiba di ABC.

Jalur Gemilang gergasi setinggi enam meter dan lebar 12 meter dengan berat 11 kilogram turut dikibarkan di ABC.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp