Categories : Hiburan

 

ANTARA barisan artis dan pengacara yang akan membuat persembahan pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

PUTRAJAYA: Kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 3.0) kian terasa apabila artis mengadakan sesi latihan terakhir di Pusat Konvenyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, petang ini.

Antara artis yang terbabit dalam raptai terakhir itu termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Khai Bahar dan Tajul.

Sebelum itu, tengah hari tadi program hiburan sensasi Melodi turut bersiaran langsung di PICC bersama calon Top 5 yang juga artis persembahan malam ini, Ayda Jebat dan hos malam kemuncak, Faizal Ismail.

Turut ditampilkan ialah dua lagi finalis, Wany Hasrita dan Tajul.

Peminat pula sudah mula berkumpul di sekitar gelanggang acara walaupun majlis sebenar hanya bermula jam 9 malam.

Malam kemuncak ABPBH 3.0 boleh disaksikan secara langsung di TV3 dan di laman WEB rasmi www.abpbh.com.my.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp