Categories : Semasa

 

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub, menunggang basikal dari daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Basikal berkenaan dihadiahkan Yayasan Pahang sempena ulang tahunnya yang ke-67 hari ini.

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, mengayuh basikal baharu hadiah sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-67, hari ini, sejauh enam kilometer dari Wisma Sri Pahang ke rumahnya di Kubang Buaya, di sini.

Basikal pemberian Yayasan Pahang itu diserahkan kepadanya ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.

Adnan kemudian mengayuh basikal berkenaan mengelilingi bangunan Wisma Pahang sebelum kembali ke dewan dengan wajah ceria.

Difahamkan, ketika sidang berhenti rehat tengah hari, beliau pulang ke rumahnya di Kubang Buaya dengan mengayuh basikal disedari ahli DUN yang lain.

Menteri Besar berbasikal melalui Jalan Gambut ke Jalan Teluk Sisek untuk ke rumahnya di Kubang Buaya dengan diiringi dua anggota polis trafik.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp