Categories : Semasa

 

DATUK Mohd Suhaili Said. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Ampang di ibu negara, hari ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Dayang Sopiah Datu Jamiuddin dan tiga anak mereka pada jam 3.10 petang.

Adik Allahyarham, Muhamad Ghazali Said, ketika dihubungi BH, mengesahkan perkara itu dan berkata abangnya dimasukkan ke hospital sejak 21 Mac lalu.

“Abang dimasukkan ke hospital itu ketika menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FELDA di Kuala Lumpur.

“Jenazah dijangka tiba di Lahad Datu pada esok pagi. Saya belum mendapat laporan penuh punca kematian abang tetapi dia mempunyai penyakit hati,” katanya di sini, hari ini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Segangan, Tungku, Lahad Datu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak, empat lelaki dan dua perempuan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mohd Suhaili menang dengan majoriti 5,484 undi selepas menewaskan empat calon lain iaitu Johani Abd Halim dari PKR, Datuk Shuaib Mutalib dari Parti Maju Sabah (SAPP), Johan Nul dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan calon bebas, Tsen Yun Fah @ Mohd Azlan Tsen Abdullah.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp