Categories : Sukan

 

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menangguhkan perlawanan Pusingan Kelayakan Piala AFC 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 8 Jun ini.

AFC menerusi kenyataan di laman sesawang rasminya www.the-afc.com, berkata disebabkan ketegangan geo-politik di Semenanjung Korea, perlawanan berkenaan wajar ditangguhkan.

Perlawanan itu dijadualkan semula pada tarikh mengikut tarikh terbaik FIFA iaitu pada 5 Oktober 2017.

“Walaupun AFC mencadangkan tarikh 8 Mei 2017 untuk perlawanan itu – yang sudah ditangguhkan daripada 28 Mac 2017 – yang akan berlangsung di ibu kota Korea Utara, perkembangan terbaru memaksa AFC memikirkan keputusan itu berdasarkan faktor keselamatan dan kawalan keselamatan.

“AFC akan memantau keselamatan dan keadaan keselamatan untuk bulan akan datang selain perlawanan Piala AFC antara Kigwancha SC (Korea Utara) berdepan Erchim FC (Mongolia) yang akan dilangsungkan pada 31 Mei 2017 selain Kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 23 Tahun – Kumpulan G yang akan dianjurkan di Pyongyang, dari 19-23 Julai 2017.

“Selepas perlawanan itu, AFC akan membuat keputusan mengenai venue untuk Kelayakan Piala Asia AFC pada 5 Oktober 2017, ” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp