Categories : Hiburan

 

Juara Mentor Milenia 2017, Elica (kiri) atau nama sebenarnya Angelica Paujin bersama Mentornya, Akim (kanan) menunjukkan trofi dan hadiah yang dimenanginya pada Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 yang berlangsung di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Akim, mendedikasikan kemenangan protegenya, Elica di Mentor Milenia 2017, semalam buat Stacy, yang dianggap sebagai tunjang kerjaya seninya.

Akim atau pemilik nama penuh, Afiq Hakim Ahmad, 26, menganggap kejayaan yang diraih itu adalah hasil kerjasama dengan isterinya, yang turut menggalas tanggungjawab sebagai mentor kepada Elica.

“Orang yang sentiasa memberikan segala-galanya untukku, dicurahkan kasih sayangnya kepadaku. Aku cinta kepadamu! Terima kasih menjadi tunjang dalam segala yang aku lakukan wahai isteri.

“Kepingan-kepingan sifat yang tidak sempurnanya dalam diri ini, dipenuhi oleh kamu. Terima kasih kerana sudi menjadi suri hidupku,” luah Akim menerusi Instagramnya, pagi tadi.

Elica atau Angelica Paujin menjuarai program pertandingan nyanyian berkenaan, menewaskan tiga peserta lain pada pusingan akhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam semalam.

Kemenangan peserta yang berasal dari Tambunan, Sabah itu, melayakkannya membawa pulang wang tunai RM100,000, trofi, telefon bimbit dan pakej percutian ke London.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp