Categories : Hiburan

 

PASANGAN bahagia, Akim dan Stacy bersama dua anak mereka.

KUALA LUMPUR: Komitmen kerja membuatkan pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy, tidak dapat menghadiri Anugerah Meletop Era (AME) 2017, malam tadi.

Dipilih memenangi kategori Couple Meletop anugerah terbabit, pasangan penyanyi berusia 26 tahun itu sebaliknya mewakilkan anak mereka, Bella Valentina, 5, untuk membawa pulang trofi.

“Kebetulan ketika pihak AME menghubungi Stacy, kami mempunyai komitmen kerja lain dan kedua-duanya tidak dapat hadir.

“Oleh itu pengurus Stacy membawa Bella ke AME untuk menerima anugerah Couple Meletop bagi pihak kami. Mereka ditemani oleh Zimi dan Afiez daripada kumpulan The Majistret, yang membuatkan kami percaya untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada Bella.

“Sebenarnya saya sangat terharu dan gembira apabila anak, yang dikendong sejak kecil, berdiri dan bercakap bagi pihak kami, semalam. Satu anugerah yang indah buat saya dan isteri sebenarnya,” kata Akim atau pemilik nama penuh Afiq Hakim Ahmad kepada BH Online.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Bella dan Eshaal.

Ketika ini, Akim masih menjalankan tugas sebagai mentor dalam program realiti Mentor Milenia 2017, yang bakal sampai ke penghujung tidak lama lagi.

“Ketika ini, saya masih sibuk dengan program nyanyian Mentor Milenia yang masih berbaki dua minggu saja lagi. Selain itu, saya juga menghasilkan lagu untuk beberapa penyanyi tempatan,” kata Akim menceritakan perkembangan terkininya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp