Categories : Jenayah

 

KEADAAN ambulans yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah PROTON Iswara Aeroback di persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Mohd Zin di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ). – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

MELAKA: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Mohd Zin, di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pembantu perubatan, Nur Sazaabilah Sidek, 27; pembantu perawatan, Shahriman Khamis, 40, cedera di pelbagai anggota, manakala pemandu ambulans, Rahmad Yahya, 43, tidak cedera.

Pesakit di dalam ambulans, Adam Ahmad, 27, yang mengalami pendarahan di kepala dan patah leher akibat kemalangan di Alor Gajah, sebelum itu, kekal seperti keadaan sedia ada.

Pemandu kereta PROTON Iswara Aeroback, Ge Kwee Sian, 53, cedera ringan di lutut. .

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila ambulans tidak sempat mengelak kereta dipandu Kwee Sian yang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di Jalan Dato Mohd Zin.

Difahamkan, ambulans berkenaan dari Hospital Alor Gajah membawa pesakit untuk dirujuk ke Hospital Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisiner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp