Categories : Hiburan

 

AMIRA Othman tidak dengki dengan adiknya sendiri. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Menyedari lagu Redha dendangan adik sendiri, Irfan Haris, lebih popular, penyanyi Amira Othman tumpang gembira dan jauh sekali cemburu dengan kejayaan itu.

Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 24, bersyukur Irfan yang mencipta nama melalui program Ceria Pop Star, mencapai cita-cita menjadi penyanyi.

Baginya, tidak timbul hasad dengki atas kejayaan darah daging sendiri.

“Alhamdulillah, saya berbangga kerana nama adik menjadi sebutan. Irfan ada minat mendalam dalam bidang nyanyian. Tidak mahu terlalu ‘mengangkat’ adik sendiri, tapi saya yakin dengan bakatnya.

“Peminat dapat lihat keakraban kami melalui video yang sering dimuat naik di media sosial. Jadi, tidak timbul isu dengki atau sebagainya.

“Malah, saya mendoakan baik-baik saja untuk Irfan,” katanya kepada BH Online.

AMIRA bersama adiknya, Irfan Haris.

Amira berkata, bidang nyanyian dianggap ‘alat pengikat’ setiap kali anggota keluarga berkumpul.

“Biarpun terikat dengan komitmen kerja di luar bidang nyanyian, namun muzik menyatukan kami sekeluarga,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru dirinya, Amira memberitahu, dia sedang memilih material untuk single keempatnya.

Pelantun lagu Jaga-jaga itu mengakui cerewet bagi memastikan hasil lagu yang berkualiti.

“Insya-Allah, saya bakal tampil dengan single terbaharu dalam tempoh terdekat.

“Saya merancang untuk mengeluarkan single berentak balada bagi menampilkan sisi berbeza sebagai penyanyi,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • gambar irfan haris

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp