Categories : Hiburan

 

Amar Baharin dan bersama isteri, Amyra Rosli.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amar Baharin, 31, teruja apabila isterinya, Amyra Rosli, disahkan hamil tujuh minggu, semalam.

Menurut Amar, berita menggembirakan itu diterima apabila beliau membawa isterinya ke sebuah hospital apabila aktres berkenaan mengadu sakit perut.

“Sebelum ini pun, saya perasan isteri seperti mengalami tanda-tanda biasa wanita hamil. Namun, ketika itu kami tidak sempat untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Apabila dia mengadu sakit perut, barulah kami bergegas ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sepenuhnya, termasuk melakukan imbasan.

“Alhamdulillah, saya sendiri amat gembira dengan berita yang diterima itu. Seperti pasangan lain yang mendirikan rumah tangga, berita sebegini sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu. Semoga apa yang bakal dilalui isteri nanti akan dipermudahkan,” kata Amar kepada BH Online.

Kata Amar juga, doktor menasihatkan Amyra, 25, untuk berehat sekurang-kurangnya dua minggu demi kandungannya itu.

“Perkara sebegini memang perlu diberikan perhatian supaya kandungan dalam perutnya itu benar-benar kuat. Kalau isteri kena berehat seketika daripada lakonan, nampaknya dia kenalah berbuat begitu,” katanya.

Amar dan Amyra berkahwin pada 11 November tahun lalu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp