Categories : Jenayah

 

ANGGOTA Persatuan Komuniti Rakan Cop Perak (KRCP) cedera akibat dilibas dengan parang oleh seorang lelaki yang mengamuk di Jalan Tingkat Kledang 3, Taman Seri Intan, Mengelembu, Perak, malam tadi.

IPOH: Seorang anggota Persatuan Komuniti Rakan Cop Perak (KRCP) cedera di lengan kanan akibat dilibas dengan parang oleh seorang lelaki yang mengamuk di Jalan Tingkat Kledang 3, Taman Seri Intan, Mengelembu, di sini, malam tadi.   

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa berusia 38 tahun bersama lima rakannya yang sedang bertugas ketika itu pergi ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penduduk mengenai suspek yang sedang mengamuk dengan melibas parang dan memecahkan cermin kereta penduduk.   

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias, berkata mangsa bersama rakannya yang tiba di lokasi kemudiannya cuba menenangkan suspek, namun tidak diendahkan.   

Katanya, suspek terus bertindak agresif dan melibas parang sehingga terkena lengan kanan mangsa.   

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke arah Jalan Kledang dan berjaya diberkas polis. Semakan mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau.   

“Mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan,” katanya.   

Abdul Rani berkata, pihaknya juga menerima laporan daripada penduduk selepas kenderaannya dirosakkan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp