Categories : Jenayah

 

ANGGOTA polis mengiringgi seorang suspek yang juga anggota Pasukan Gerakan Am berpangkat Koperal untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan kerana melepaskan tembakan rambang sewaktu bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar menggunakan raifal M-16. – Foto Hafizuddin Mohd Safar

KANGAR: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melepaskan tembakan rambang di sempadan Malaysia-Thailand, di Padang Besar pada Sabtu lalu, dipercayai turut mengambil minuman keras sebelum kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Azahar Muda, berkata ujian alkohol terhadap suspek berusia 34 tahun mendapati anggota itu berada di bawah pengaruh alkohol.

“Kita percaya suspek yang juga positif syabu bertindak di luar kawalan kerana pengaruh dadah dan alkohol ketika kejadian.

“Siasatan masih dijalankan kerana suspek masih lagi ditahan reman sehingga esok, ” katanya pada sidang media, di sini, hari.

Azahar berkata suspek menggunakan 100 butir peluru ketika melepaskan tembakan.

“Jumlah itu adalah daripada senjata M16 milik suspek serta satu lagi M16 milik rakan setugas yang dirampas suspek.

Bagaimanapun, kita hanya menjumpai 73 kelongsong peluru daripada jumlah keseluruhan yang digunakan suspek,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp