Categories : Hiburan

 

PELAKON, Anis Al Idrus bersama suami, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

KUALA LUMPUR: Pelakon Anis Al Idrus mempertahankan tindakannya memuat naik gambar intim bersama suami, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi gambar terbabit, pasangan yang bernikah pada 7 Julai lalu itu digambarkan seolah-olah mahu berkucupan.

Justeru, ada peminat menyifatkan gaya sedemikian tidak perlu dikongsi bersama orang ramai, sebaliknya lebih sesuai disimpan sebagai koleksi peribadi artis terbabit saja.

Anis yang turut dikenali sebagai penyanyi dan ahli perniagaan, berkata gambar berkenaan dirakam di sebuah lokasi di Shah Alam selepas selesai majlis kesyukuran pada 9 Julai lalu.

“Secara peribadi, saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti lain yang memuat naik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan. Bagi saya, ia perkara biasa,” katanya.

Mengenai kehidupannya selepas berumahtangga, Anis menyifatkan ia sebuah fasa yang sangat membahagiakan.

“Cuma, kami belum sempat berbulan madu kerana saya masih terikat dengan komitmen kerja yang panjang.

“Ketika ini saya sedang melunaskan baki penggambaran program bual bicara, Dia Yang Pertama. Menerusi rancangan itu, saya ditampilkan sebagai pengacara.

“Hanya selepas itu barulah kami boleh memikirkan soal bulan madu. Kalau berpeluang, saya teringin ke sebuah pulau romantis, mungkin di luar negara,” katanya.

Anis dan Mohd Rafzan Nurhikmal berkahwin di Shah Alam dalam majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Mereka yang memilih persalinan sedondon putih, selamat dinikahkan oleh bapa artis wanita terbabit, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus, di hadapan imam dan jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp