Categories : Semasa

 

NICHOLAS Sagau menunjukkan aplikasi permainan 3D J Revolusi. – Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Aplikasi permainan first person shooter (FPS) berasaskan filem pertama di Malaysia, J Revolusi, mencatat kira-kira 12,000 muat turun selepas dilancarkan tujuh hari lalu.

Permainan maya dibangunkan Media Prima Digital itu turut tersenarai sebagai 10 permainan aksi teratas di Apple Store.

Apple Store turut menyenaraikan permainan mudah alih inspirasi filem aksi tajuk sama, J Revolusi, itu sebagai aplikasi pilihan, sekali gus menjadi produk Media Prima Labs pertama menerima pengiktirafan seumpamanya.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Media Prima Labs dan Operasi, Nicholas Sagau, berkata pihaknya teruja dengan pencapaian itu kerana bukan mudah bagi aplikasi tempatan menerima pengiktirafan berkenaan.

“Kejayaan awal ini membuktikan permainan J Revolusi mula mendapat tempat di hati peminat permainan maya.

“Berdasarkan sambutan dan maklum balas positif pengguna aplikasi ini, kami yakin ia akan mendapat lebih banyak muat turun.

“Pemain meminati konsep FPS yang kami tampilkan, ditambah dengan rekaan grafik menarik sebagai latar permainan J Revolusi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Permainan mudah alih J Revolusi memerlukan pemain memilih dua watak utama, Eddie dan Jay yang bertugas dalam Skuad Khas Elit Malaysia bagi menyelesaikan misi menggunakan pelbagai senjata seperti M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700.

Lebih menarik, watak Eddie dan Jay menyerupai pelakon Zul Ariffin serta Izara Aishah, iaitu watak utama filem dengan tajuk sama, selain suara mereka turut digunakan dalam permainan berkenaan. 

Selain kesan grafik tiga dimensi (3D), bunyi, muzik menarik serta latar canggih, permainan itu turut menampilkan latar bangunan ikonik Menara Berkembar PETRONAS.

Carian Tronexus.rocks:

  • aplikasi j revolusi

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp