Categories : Hiburan

 

NURFARRAH Izzatie Johari (Ara). – Foto Rohanis Abdul Shukri

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ara tidak kisah dengan gelaran ‘pengkid’ yang dilemparkan peminat terhadapnya gara-gara berambut pendek.

Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 20, sudah lali dengan komen segelintir pihak yang mungkin kurang senang dengan penampilan dirinya.

“Orang nak cakap apapun, biarlah. Mereka cakap berdasarkan penampilan saja.

“Saya selesa dengan imej kemeja-T dan seluar jeans. Tidak semestinya berpakaian begitu, sikap saya pun ke arah lelaki.

“Saya sedar selepas memotong rambut pendek, orang menganggap saya sudah berubah. Ini kerana sebelum ini saya berambut panjang dan nampak lebih wanita,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Ara yang popular dengan lagu Warkah Untukku memberitahu, dia akan menyimpan rambut panjang atas permintaan bapa. Bekas finalis Akademi Fantasia 2016 itu mengaku terpaksa akur dan tidak boleh melawan kehendak bapa.

“Jangan fikir saya mahu kembali berambut panjang gara-gara kecaman orang…. Bukan, ini semua permintaan ayah.

“Kalau ayah sudah bersuara, takkan saya nak melawan,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • ara af 2016 pengkid
  • ara af2016 rambut panjang
  • ara af pengkid

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp