Categories : Hiburan

 

LOS ANGELES: Pemegang Anugerah Emmy, Mary Tyler Moore, yang memegang watak suri rumah, Laura Petrie dalam drama bersiri The Dick Van Dyke Show meninggal dunia, hari ini, pada usia 80 tahun.

Wakilnya, Mara Buxbaum, berkata, Moore yang menghidap kencing manis meninggal dunia di sebuah hospital di Connecticut, di sisi suaminya, Dr S Robert Levine dan beberapa rakan.

“Aktres yang meraih tujuh anugerah Emmy sepanjang kerjayanya meninggal dunia di sisi suami, Dr S Robert Levine dan beberapa rakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Buxbaum berkata, Moore yang pernah menjalani pembedahan otak pada 2011 pernah menerima pencalonan bagi Anugerah Academy bagi filem Ordinary People pada 1981.

Moore juga terkenal dengan watak Mary Richards dalam rancangan The Mary Tyler Moore Show.- Reuters

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp