Categories : Semasa

 

“SETIAP kali menghubungi saya menerusi telefon, Azmil akan memanggil saya dengan gelaran Asmidar yang juga nama watak dalam filem Ali Setan dulu.

“Selepas pemergian arwah, saya pasti akan merindui gelaran Asmidar selepas ini,” kata pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 55.

Selain Ali Setan, Ogy sempat bergandingan dengan Azmil menerusi beberapa filem seperti Suara Kekasih, Dewi Cintaku dan Gadis Hitam Putih.

“Hubungan kami rapat sejak filem Ali Setan sampailah sekarang.

“Saya juga sudah menganggap arwah seperti abang kerana dia sentiasa menjaga keselamatan saya ketika di lokasi penggambaran dulu.

“Setiap kali arwah akan ke luar negara untuk program dakwah termasuk ke Syria, dia mesti akan menghubungi saya terlebih dulu,” katanya.

Ogy berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Azmil ialah pada bulan lalu.

“Saya menghubungi arwah untuk muncul dalam program Huru Hara di saluran Hypp Sensasi yang dikendalikan tetapi arwah menolak kerana dia sudah meninggalkan bidang seni.

“Saya menghormati keputusannya itu kerana arwah sudah berhijrah dan banyak mendekati agama sejak itu.

“Malah, Arwah juga pernah beritahu saya perancangan untuk buat program agama membabitkan artis yang sudah dan belum berhijab baru-baru ini,” katanya.

Apapun, kata Ogy, Allahyarham Azmil adalah seorang pelakon yang sangat bagus dan tiada gantinya dalam bidang lakonan.

“Saya percaya tiada Azmil nombor dua selepas pemergiannnya.

“Ia juga kehilangan besar dalam industri seni tanah air,” katanya.

Pelakon popular era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia dalam tidur kira-kira jam 1 petang tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Berita berkaitan:

Azmil kembali ke rahmatullah[1]

‘Nak makan apa, adik nak beli…?’[2]

References

  1. ^ Azmil kembali ke rahmatullah (www.hmetro.com.my)
  2. ^ ‘Nak makan apa, adik nak beli…?’ (www.hmetro.com.my)


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp