Categories : Semasa

 

TAN Sri Azahar Mohamed. – Foto ihsan http://www.kehakiman.gov.my

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed dan empat yang lain termasuk bekas Ketua Hakim Negara, dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif yang juga pengerusi suruhanjaya itu dalam kenyataan media hari ini, berkata pelantikan Azahar oleh Perdana Menteri adalah mengikut perenggan 5(1)(e) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Md Raus berkata, selaras perenggan 5(1)(f) akta sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut melantik bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria; bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Anantham Kasinather; bekas Peguam Besar Sarawak Datuk Abdul Razak Tready; dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Profesor Dr Choong Yeow Choy, sebagai anggota suruhanjaya berkenaan.

Menurut Md Raus, pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa kelmarin sehingga 16 April 2019.

“Bagi pihak Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada bekas anggota suruhanjaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Sulong Matjeraie, Datuk T Selventhiranathan dan Datuk Tee Ah Seng @ Tee Boon Hooi atas sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi kepada suruhanjaya,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp