Categories : Semasa

 

Kuala Lumpur: Bukan sekadar mempunyai elemen perjudian dan penderaan haiwan sebaliknya hobi kaki sabung ayam turut mendedahkan negara kepada penularan penyakit berjangkit.

Mana tidaknya, kebanyakan kaki sabung ayam terutama di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak dikesan membawa masuk ayam sabung dari Thailand yang dikhuatiri turut menyebarkan virus selesema burung atau H5N1.

Skuad Khas Harian Metro menemu bual kaki sabung ayam dikenali sebagai Black, 36, yang memberitahu kebanyakan ayam yang dibawa masuk ke ‘bon’ atau gelanggang adalah dibeli dari Thailand.

GELANGGANG sabung ayam aktif di Mergong, Kedah dan Bukit Cabang, Perlis. FOTO NSTP

“Kebanyakan kaki sabung ayam memang beli ayam dari Siam (Thailand). Ayam sabung berkualiti dijual sekitar RM1,000 hingga RM3,000. Ramai yang sanggup bergolok bergadai untuk beli ayam dari sana,” katanya.

Ditanya bagaimana mereka menyeludup ayam berkenaan, Black berkata, banyak cara untuk membawa masuk ayam dari Thailand ke Malaysia.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp