Categories : Jenayah

 

LALUAN masuk ke hulu Pakan terputus akibat tanah runtuh berikutan banjir yang melanda beberapa daerah di Sarawak. – Foto NSTP

KUCHING: Sebanyak 18 sekolah rendah, terutama di kawasan utara Sarawak ditutup hari ini berikutan banjir.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, penutupan sekolah di kawasan Limbang, Marudi, Bintulu dan Saratok itu membabitkan 1,427 murid.

Beliau berkata, sekolah itu terpaksa ditutup berikutan keadaan masih belum selamat sepenuhnya walaupun paras ar di kebanyakan tempat menurun.

“Jumlah terkini mangsa banjir di Limbang kekal 413 orang, membabitkan 126 keluarga dari Rumah Panjang Asan, Kampung Semena dan Kampung Lubuk Lasas.

“Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Mendamit di Nanga Mendamit,” katanya.

Selain memantau keadaan banjir, bomba turut menghantar bantuan makanan di beberapa kawasan terjejas.

Carian Tronexus.rocks:

  • gambar budak lemas di limbang

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp