Categories : Jenayah

 

PETALING JAYA: Sebuah bank di Jalan Cempaka SD12/1A, Bandar Sri Damansara di sini, terpaksa dikosongkan selepas menerima satu panggilan ancaman bom, kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi.

Panggilan tersebut dipercayai dibuat oleh seorang individu, yang menghubungi pengurus bank berkenaan dan mengancam akan meletupkan bank tersebut jika tidak menerima wang sebanyak RM300,000.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki, mengarahkan pihak bank untuk mengeluarkan wang berkenaan dan menyerahkannya di lokasi Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Unit Bom dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Selangor dan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

Hasil pemeriksaan, tiada sebarang bentuk medium atau bom ditemui di lokasi kejadian dan polis mengklasifikasikan kes sebagai panggilan palsu.

Siasatan yang dijalankan terhadap panggilan berkenaan mendapati panggilan tersebut dibuat di sebuah pondok telefon awam berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sri Damansara (2).

Siasatan lanjut kini sedang dilakukan bagi mengesan suspek yang membuat panggilan terbabit.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp