Categories : Sukan

 

ABDUL Jamil Othman.

IPOH: Bekas Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, petang tadi.

Abdul Jamil, 54, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.30 petang.

Isteri, tiga anaknya serta beberapa kenalan termasuk bekas setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaludin ada di sisi Allahyarham ketika itu.

Anak sulung arwah, Nur Ezzati Balqis, 22, ketika dihubungi berkata, bapanya akan dikebumikan esok.

“Kami sekeluarga reda. Dia meninggal dunia pada 20 Ramadan dan akan dikebumikan pada hari Jumaat,” katanya. 

Menurut Ezzati, bapanya dimasukkan ke hospital pada pagi Isnin kerana cirit-birit, muntah dan serta komplikasi berkaitan jantung dan darah. 

Jamil adalah Presiden KPBP sejak 1989 ketika era kegemilangan bola sepak Perak di bawah kendalian Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan mendiang Karl Heinz Weingang yang meninggal dunia pada 9 Jun dan 13 Jun lalu. 

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Daerah Batu Gajah melepaskan jawatan Presiden KPBP selepas terpilih sebagai Jawatan Eksekutif (JE) PAFA pada kongres 2015 lalu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp