Categories : Hiburan

 

KUALA LUMPUR 24 MAY 2016. Artiste, Raja Farah during the TV Al Hijrah Ramadan Screenings at The Royale Chulan, Kuala Lumpur. NSTP/SHIRAZ ALI[FOTO Shiraz Yasmine Ali /BH]

KUALA LUMPUR: Status di laman Instagram pelakon, Raja Farah, yang meluahkan rasa sayunya berpantang tanpa bayi disebabkan keguguran beberapa hari lalu, meraih simpati ramai.

Rata-rata pengikut laman sosialnya dan netizen tidak putus-putus memberikan sokongan moral serta ucapan indah terhadap ibu muda ini di atas musibah yang menimpa kandungannya yang baru mencecah dua bulan.

“Bermulalah proses berpantang untuk saya. Tetapi kali ini tanpa ‘baby’ (bayi). Sedih memang amat sedih, tetapi Allah sudah merancang sebaik-baiknya untuk saya.

“Gugur ketika kandungan berusia dua bulan. Mungkin kerana terlalu sibuk membakar biskut dan uruskan gerai jualan. Tidak mengapalah, belum rezeki Imran dapat adik,” tulisnya di akaun Instagram peribadi beliau.

Raja Farah, yang sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata berusia 10 bulan, mengalami rasa sakit ketika berbuka puasa di gerai jualannya di sebuah karnival di Kuala Selangor.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Iskandar Ismail, pada 6 September 2015 bagaimana pun reda dengan ketentuan Ilahi, selain percaya kejadian itu mempunyai hikmah tersendiri.

Pada masa sama, bintang filem Haq itu turut meminta orang ramai mendoakan supaya kesihatan dan semangatnya mampu pulih semula seperti sedia kala.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp