Categories : Hiburan

 

JUSTIN Bieber sedang menyiapkan projek istimewa.- Foto Agensi

BINTANG sensasi, Justin Bieber, dilaporkan sedang berusaha menyiapkan projek istimewa untuk peminat sebelum beliau berehat seketika daripada dunia muzik.

Penyanyi Love Yourself itu yang mencatat 91.4 juta pengikut laman sosialnya dengan menyatakan beliau kini sedang mengusahakan ‘sesuatu yang istimewa’, semalam, beberapa jam selepas sumber memaklumkan beliau bakal mengambil cuti selama setahun untuk mengembara.

Bieber dikatakan kepenatan dengan siri jelajah Purpose World Tour, justeru ingin berehat dan menenangkan diri buat sementara.

Semalam, bintang muda dari Kanada itu menulis di Twitter: “Sedang mengusahakan sesuatu yang istimewa.”

Ada sumber memberitahu akhbar Daily Star: “Justin sedang merakamkan beberapa lagu baharu di Los Angeles sebelum beliau merancang untuk mengembara buat seketika.

“Siri jelajah Purpose World Tour sangat memenatkan dirinya, jadi Justin benar-benar inginkan sedikit kedamaian dan kembali ke alam semula jadi,” kata sumber itu.

Bintang muda yang turut popular dengan lagu What Do You Mean? itu akan menyambung siri konsert jelajahnya di Mexico bulan depan dan menghiburkan peminat di London pula pada 2 Julai depan.

Bagaimanapun, apabila tiba musim luruh, beliau akan mengikut jejak rakan seperjuangan, Ed Sheeran, dengan ‘bersara’ buat seketika daripada muzik.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp