Categories : Sukan

 

PEMAIN Bahrain, Abdulla Almalki (kiri) diasak pemain Malaysia, Mohd Shafiq Riza Huzair pada aksi perlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Pantai Batu Buruk. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Skuad negara terus kempunan untuk memungut mata di Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila tewas tipis 5-6 kepada Bahrain, dalam aksi di Pantai Batu Buruk di sini, petang tadi.

Kekalahan ketiga itu sekali gus menutup pintu skuad negara untuk mara mara ke separuh akhir.

Dalam perlawanan itu, Bahrain yang menang 5-0 ke atas China dalam perlawanan pembuka tirai, terpaksa menunggu sehingga minit ke-11 untuk memecah kebuntuan hasil jaringan Abdulla Almalki.

Kesilapan penjaga gawang Bahrain, Sayed Mohamed Abbas yang cuba menggelecek dirampas Mohd Shafiq Riza Huzair sebelum mudah menolak masuk untuk gol penyamaan Malaysia.

Bahrain mendahului 2-1 pada suku pertama permainan apabila Rashed berjaya menewaskan penjaga gol negara, Mohd Nazri Sulaiman minit ke-12.

Bersambung suku kedua, Sayed menebus kesilapan awal dengan meletakkan Bahrain di depan apabila sepakannya terus menerjah gol minit ke-13.

Keghairahan anak buah Ismail Zakaria ketika memburu jaringan dihukum Bahrain yang menambah tiga gol menerusi Mohamed (m-17), Ayoob Naseem Salem (m-19) dan Abdulla Abdullatif Alabdulla (m-32).

Malaysia yang tidak mahu mengalah berjaya memperoleh tiga jaringan Mohd Zaharim Mohd Yusof (m-10), Mohamad Fakhrullah Mohamad (m-23) dan Mohd Khairul Nizam minit ke- 28.

Ketua pasukan, Mohd Zaharim berjaya merapatkan kedudukan untuk gol kelima Malaysia, namun kedudukan itu kekal hingga tamat permainan.

Ismail ketika ditemui berkata, anak buahnya sudah memberi yang terbaik, namun pengalaman dan teknik bermain membezakan kedua-dua pasukan.

Katanya, dia mengharapkan perlawanan terakhir dengan China, esok akan membawa kemenangan untuk pasukannya.

“Banyak yang kita pelajari dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jadi, saya harap tiga mata mampu diraih petang esok,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp