Categories : Jenayah

 

CHUKAI: Seorang buruh ladang warga Indonesia terkejut apabila mendapati empat biji besi buruk yang ditemui di kawasan Felda Neram 1 dekat sini, hari ini, adalah bom lama. 

Buruh berusia 30-an itu dikatakan menemui besi buruk terbabit, kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika menabur baja di ladang terbabit. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata awalnya buruh terbabit bercadang menjual ketulan besi terbabit.

“Dia kembali ke lokasi itu bersama rakannya kira-kira jam 10 pagi tadi untuk mengambilnya.

“Sebaik mengambil ketulan besi terbabit, buruh itu menyedari ia adalah bom lama sebelum menghubungi polis,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Said berkata, polis bergegas ke tempat penemuan itu dan mengesahkannya adalah bom lama.

“Semua bom terbabit dimusnahkan pada jam 3.05 petang tadi,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp