Categories : Jenayah

 

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput. – Foto Zairee Mohd Yasak

MELAKA: Anggota bomba terpaksa ‘memandikan’ 13 pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput di sini, ketika proses menyah cemar selepas berlaku tumpahan cecair raksa di makmal sekolah itu, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari ketika kumpulan pelajar terbabit sedang melakukan uji kaji menggunakan termometer.

Tiada sebarang kecederaan dan kejadian tidak diingini berlaku selepas semua pelajar berkenaan, masing-masing tujuh lelaki dan enam perempuan dikejarkan ke Hospital Melaka, di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Pegawai Bomba Jamian Salleh, berkata sejurus menerima panggilan jam 1.45 tengah hari, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba terus melakukan kerja pembersihan serta nyah cemar terhadap pelajar terbabit.

“Semua 13 pelajar berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut, manakala makmal di sekolah itu ditutup buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp