Categories : Semasa

 

Oleh Wan Faizal Ismayatim

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Filipina menemui sebuah bot nelayan berdaftar di Malaysia tanpa kru dengan enjin masih hidup di perairan berhampiran Pulau Langawan di selatan negara jiran itu, pagi tadi.

Pasukan keselamatan Filipina sedang menyiasat kemungkinan kru bot dari Sabah dengan nombor pendaftaran BN 838/4F itu diculik.

Bot terbabit dipercayai dinaiki tiga nelayan warga Indonesia berusia 26 hingga 47 tahun.

Difahamkan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Pasukan keselamatan Malaysia juga dikatakan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu kerana ia berlaku di perairan Filipina.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp