Categories : Jenayah

 

KEADAAN pikap yang remuk selepas kemalangan di KM38.8 Jalan Batu Pahat-Mersing pagi tadi. – Foto ihsan PDRM

KLUANG: Seorang kanak-kanak maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah pikap dan lori di Kilometer 38.8 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Fiqri Mohd Aris, 12, maut selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selepas Toyota Hilux yang dinaiki mereka sekeluarga bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu pikap, Mohd Aris Siraj, 48, dan pemandu lori, Chin Yong Heng, 54, cedera parah, manakala dua lagi penumpang pikap, iaitu Mahani Mahhadi, 40, dan Muhammad Aqif Faed Mohd Aris, 8, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata nahas berlaku ketika Toyota Hilux itu dalam perjalanan dari arah Ayer Hitam menuju ke Kluang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, Toyota Hilux itu dipercayai gagal terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa, Muhammad Arif Fiqri yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pemandu Toyota Hilux yang juga bapa mangsa pula mengalami kecederaan parah namun stabil, manakala ibu dan adik mangsa pula mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Katanya, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Carian Tronexus.rocks:

  • pikap tron

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp