Categories : Hiburan

 

SABAK BERNAM: Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi merakam semula lagu ‘Suasana Hari Raya’, khusus untuk masyarakat di kawasan diwakilinya itu sempena Aidilfitri tahun ini.

Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, lagu dendangan penyanyi asal Anuar Zain dan Ellina Razak itu dirakam semula di Studio Awang BPR, di Pandan Indah, pada 5 Jun lalu.

Lebih menarik, katanya, video muzik berdurasi 3 minit 19 saat itu turut menampilkan kumpulan River Buskers yang dianggotai lima anak muda berasal dari Kampung Sungai Leman, Sekinchan.

“Sejak menjadi ADUN Sungai Panjang, setiap tahun saya menyanyikan satu lagu raya atau cerita pendek. Apabila saya buat setiap tahun, ramai rakan saya bertanya apa lagu raya untuk tahun ini?,” katanya pada Majlis Moreh bersama Media di Din’s Cafe, di sini.

Pada tahun lalu, Budiman membuat rakaman semula lagu Bersabarlah Sayang dendangan asal penyanyi Sanisah Huri.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp