Categories : Semasa

 

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini dibidas kerana didakwa tidak serius melindungi hutan paya bakau sehingga menyebabkan kawasan berkenaan musnah.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, ia susulan kejadian terbaru membabitkan kemusnahan kawasan hutan paya bakau seluas 9.38 hektar di Bagan Jermal di sini, dipercayai berpunca daripada aktiviti penambakan laut di kawasan berkenaan.

SM Mohamed Idris. – Foto Zulaikha Zainuzman

Beliau yang juga Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata, tindakan itu jelas membuktikan kerajaan negeri tidak serius untuk menjaga alam sekitar dan penduduk, khususnya golongan nelayan.

“Situasi ini turut menyebabkan kehidupan golongan nelayan di negeri ini semakin terhimpit berikutan kepesatan pelaksanaan projek pembangunan yang dirangka Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Tinjauan kami turut mendapati, ratusan hektar kawasan hutan paya bakau di negeri ini dimusnahkan bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan dan akuakultur. Ia secara langsung menyebabkan pendapatan ribuan nelayan terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Persatuan Nelayan Tanjung Tokong menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan mengenai kemusnahan kawasan paya bakau di Bagan Jermal di sini yang didakwa berpunca daripada aktiviti penebangan bakau dan penambakan laut.

Mengulas lanjut, SM Mohamed berkata, pihaknya berharap pemaju mengambil tindakan segera untuk menanam semula pokok bakau yang ditebang demi mengekalkan alam semula jadi dan sumber perikanan negeri ini.

“Pelaksanaan projek tambakan laut di Seri Tanjung Pinang II sebagai tindakan yang hanya akan mendatangkan pelbagai masalah kepada rakyat, khususnya golongan nelayan,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp