Categories : Sukan

 

Alvaro Morata

LONDON: Pengurus Chelsea Antonio Conte kini menjadikan Alvaro Morata sebagai buruan utamanya selepas kecewa terlepas memiliki Romelu Lukaku kepada Manchester United.

The Blues dikatakan mengemukakan tawaran sebanyak 62 juta pound (RM341 juta) untuk penyerang Sepanyol berusia 24 tahun itu, kurang daripada apa yang diletak Real Madrid iaitu 80 juta pound (RM440 juta).

Malah, Chelsea dilaporkan oleh Evening Standard sudi memberinya gaji sekitar 150,000 pound seminggu (RM825,000) dengan ikatan kontrak selama lima tahun.

Morata berminat untuk beraksi di bawah Conte dan memberitahu The Guardian bahawa pengurus itu berjaya meyakinkannya ketika bersama Juventus sebelum ini.

“Saya terhutang budi kepadanya kerana dia jurulatih paling menaruh keyakinan tinggi terhadap saya dan membuat saya berasa yakin beraksi di tahap tertinggi,” kata Morata kepada akhbar itu April lalu.

“Walaupun hanya seketika. Saya pasti lambat laun saya akan kembali bermain di bawahnya.”

Kemasukan Morata adalah bagi menggantikan seorang lagi pemain Sepanyol Diego Costa, yang masa depannya di London berakhir pada akhir musim lalu selepas Conte memberitahu khidmatnya tidak diperlukan lagi. – AFP

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp