Categories : Semasa

 

SUHAILI Abd Ghani yang juga kategori OKU didukung oleh ahli keluarganya, Zailan Che Husin antara mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir SK Tembila.- Foto Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Seramai 76 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan awal pagi ini berikutan kawasan mereka dinaiki air.

Portal e-tindakan.terengganu.gov melaporkan dua pusat pemindahan terbabit ialah di Kampung Pasir Raja dan Dewan Serba guna Kampung Syukor, Dungun.

Paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dilaporkan mencecah tahap jingga, iaitu 36.21 meter berbanding paras biasa 34 meter, manakala di Kuala Jengal mencecah 19.54 meter (14 meter).

Beberapa sungai lain yang mencecah amaran jingga ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak (33.29 meter), Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu (20.18 meter), Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (17.90 meter)

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp