Categories : Semasa

 

ANGGOTA Jabatan Perhutanan Kelantan mengawal kawasan pondok dibina Orang Asli di Pos Bihai sebelum dirobohkan. – Foto ihsan Jabatan Perhutanan Kelantan

GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menahan dua wartawan media asing hari ini kerana berada dalam kawasan Hutan Simpan Perias, Pos Bihai, di kawasan Hutan Simpan Balah di sini, tanpa kebenaran.

Dua wartawan berusia 36 dan 46 tahun itu ditahan ketika operasi meroboh bangsal serta sekatan laluan pos yang dibina masyarakat Orang Asli, kira-kira jam 9 pagi.

Pengarah JPNK Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim, berkata dua wartawan itu dipercayai berada di kawasan terbait untuk menghasilkan dokumentari mengenai penebangan hutan di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya mereka dibebaskan kira-kira jam 6 petang tadi sebaik rakaman percakapan selesai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

“Ketika ditahanm jurukamera sedang mengambil rakaman video seorang pegawai penguatkuasa (JPNK) menjalankan tugas di kawasan sekatan HSK berkenaan.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 47 (1) Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) kerana memasuki hutan simpan tanpa permit,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Zahari berkata, dalam operasi meroboh 10 bangsal di hutan Perias itu, tiada tangkapan dibuat ke atas penduduk Orang Asli.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp