Categories : Hiburan

 

NUR Indah Emeerlda Mohd Amir. – Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Suka berimaginasi sambil bermain anak patung membawa bakat cilik, Nur Indah Emeerlda Mohd Amir, 8, ke dunia seni.

Menyedari bakat anaknya, Indah dibawa bapa menyertai sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 dan dari situ bermulalah kariernya sebagai pelakon cilik.

Terbaru, Indah muncul dalam drama Misteri Wan Peah dan Suamiku Paling Sweet yang sedang disiarkan TV3. Sebelum ini, Indah turut berlakon dalam drama Kerana Anissa.

Indah memberitahu, dia meminati bidang lakonan sejak berusia empat tahun.

“Apabila bermain dengan anak patung, Indah bercakap dan berdialog secara spontan. Daripada situ, ayah mengesan bakat Indah dalam lakonan.

“Apabila ada uji bakat DFKL, Indah sekadar mencuba nasib. Tidak sangka terpilih hingga menjadi enam peserta akhir untuk diserapkan sebagai bakat baharu.

“Selepas itu, Indah banyak mendapat tawaran berlakon,” katanya kepada BH Online.

Indah berkata, pelakon kanak-kanak dilayan sama seperti aktor lain.

“Pengarah kadang-kala marah… Tapi Indah tak pernah ambil hati kerana pengarah menegur lakonan, bukannya marahkan Indah.

“Lagipun, Indah minat berlakon. Jadi, Indah perlu lebih berusaha untuk membaiki persembahan setiap masa. Jika penat, Indah akan minta rehat seketika.

“Tapi Indah tak boleh tunjuk rasa penat atau buat muka monyok. Indah bimbang jika produksi tidak ambil Indah berlakon lagi,” katanya.

Tanpa malu, Indah mengaku gemar melihat lakonan Puteri Balqis. Malah, Indah berharap dapat berlakon bersama pelakon cilik lain yang menjadi idolanya.

“Balqis sangat pandai berlakon. Indah harap suatu hari nanti boleh berjaya seperti Balqis,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • biodata indah emeerlda dfkl
  • biodata indah emeralda dfkl
  • gambar indah dfkl
  • indah ameerlda dfkl
  • indah emeerlda biodata 2017
  • indah emeerlda dfkl
  • indah emeralda dfkl

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp