Categories : Semasa

 

MEJAR Jeneral Datuk Stephen Mundaw (tengah) menyaksikan upacara serah terima tugas antara Brig Jeneral Datuk Subari Tomo (kiri) dan penggantinya, Brig Jeneral Dzulkafli Mustaffa. Gambar Ihsan TDM

SIBU: Brig Jeneral Dzukafli Mustaffa menerima tugas selaku Panglima 9 Briged Infantri, Tentera Darat Malaysia (TDM) yang baharu, hari ini.

Beliau menggantikan Brig Jeneral Datuk Subari Tomo yang bertukar ke Markas Pemerintahan Medan Timur TDM dan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Am selepas lapan bulan menerajui 9 Briged Infantri.

Dzulkafli pula sebelum ini adalah Ketua Pengarah Cawangan Latihan dan Pertahanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur.

Upacara serah terima tugas dua pegawai kanan TDM itu disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw di padang kawad, Batalion Ke-3, Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), di Kem Oya, di sini, hari ini.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp