Categories : Semasa

 

KETUA Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Sri Mustafar Ali (kanan) melawat di sekitar Pejabat Imigresen Selangor. – Foto Shazreen Zamzuri

SHAH ALAM: Program E-Kad terhadap majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa izin (PATI) akan dilaksanakan pada 15 Februari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, keputusan itu dibuat bagi menangani kekurangan tenaga kerja dalam lima sektor iaitu perladangan, pertanian, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan antara 400,000 hingga 600,000 PATI yang kini bekerja di negara ini akan didaftarkan melalui program ini.

“Pendaftaran ini akan dibuka bermula 15 Februari 2017 iaitu hari Selasa di semua pejabat Imigresen negeri di Semenanjung Malaysia dan Ibu Pejabat Imigresen.

“Permohonan untuk mendapatkan E-Kad boleh dibuat sehingga 30 Jun ini. Bagaimanapun, kad ini hanya sah sehingga 15 Februari 2018 dan sekiranya majikan masih belum membuat permohonan dokumen permit kerja dan pasport bagi pekerjanya sehingga tarikh itu, tindakan pengusiran akan dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas melawat Pejabat Imigresen Selangor di sini, hari ini.

Mustafar berkata, majikan dan PATI yang akan didaftarkan perlu hadir sendiri di pejabat Imigresen untuk membuat permohonan, manakala kad yang sudah siap perlu diambil sendiri oleh majikan selepas dua hari.

“Semua majikan dan PATI yang terbabit boleh berurusan terus di pejabat Imigresen tanpa menggunakan orang tengah. Setelah mendaftar, majikan dan PATI perlu mendapatkan pasport dari kedutaan masing-masing untuk tujuan pemutihan.

“E-Kad ini berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi tujuan menggantikan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • buat e kad imigresen
  • imigresen lahad datu ekad

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp