Categories : Sukan

 

BERNIE Ecclestone- Foto Gentleman’s Journal

LONDON: Bernie Ecclestone masih boleh memainkan peranan penting dalam era baharu Formula Satu (F1) walaupun disingkirkan daripada jawatan supremo, kata ketua eksekutif, Chase Carey semalam.

Ecclestone dilantik sebagai ‘Pengerusi Emeritus’ kelmarin selepas ahli perniagaan televisyen kabel Amerika Syarikat, John Malone yang memiliki Liberty Media melengkapkan pengambilalihan sukan itu dan melantik pengerusi F1, Carey untuk jawatan berkenaan.

Jutawan British berusia 86 tahun itu, yang menguasai sukan F1 selama 40 tahun, memaklumkan kepada Auto, Motor and Sports dari Jerman, dia tidak pasti apa maksud jawatan baharu itu.

Carey berkata, ia ‘tidak dijelaskan’ tetapi bukanlah anugerah kosong.

“Bernie boleh membantu kepada saya dan ahli majlis dalam aspek kepemimpinan perniagaan selain memberikan nasihat berguna.

“Sebahagian gelaran itu untuk memberikannya penghormatan yang kami rasakan patut buatnya, berdekad lamanya dia mengetuainya (F1).

“Namun memang tiada persoalan lagi, Bernie boleh memberikan nasihat berguna dan membantu bagaimana untuk kami membawa perniagaan ini ke depan dengan harapan dia akan melakukannya, ” katanya. – Reuters

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp