Categories : Sukan

 

PENYERANG muda Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj. – Foto Osman Adnan

SEREMBAN: Penyerang muda Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj, akur digugurkan daripada skuad bawah 22 tahun (B-22), namun berazam untuk kembali menyarung jersi negara.

Pemain berusia 21 tahun itu menerima keputusan ketua jurulatih skuad berkenaan, Datuk Ong Kim Swee, dengan hati terbuka.

“Saya terima dengan hati yang terbuka keputusan dibuat pengendali itu kerana beliau lebih arif mengenai prestasi dan sumbangan seseorang pemain dalam pasukan.

“Mungkin bukan rezeki saya pada kali ini, namun saya yakin peluang untuk berada dalam skuad B-22 belum tertutup,” katanya.

Selain Eugene, seorang lagi pemain skuad B-22 iaitu K Kannan dari Selangor turut digugurkan sebaik pasukan itu menamatkan aksi persahabatan dengan Melaka United (MU) dengan keputusan 1-5, Khamis lalu.

Skuad B-22 kini dalam persiapan saingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, bulan depan, selain Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), pada Ogos.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp