Categories : Hiburan

 

AIMAN Tino bersama kakaknya.

KUALA LUMPUR : Hajat kakak Aiman Tino, Fara Hezel untuk mencipta nama dalam industri hiburan seperti penyanyi remaja itu terlaksana menerusi penghasilan single berjudul Setiaku Pasti.

Pemilik nama sebenar Aziera Yusri, 21, itu bersyukur peminat adiknya turut memberikan sokongan tidak berbelah bagi namun pada masa sama enggan dicop menumpang tuah adiknya.

Katanya lagi, tidak timbul soal iri hati terhadap populariti diraih Aiman malah sedikit sebanyak ia menyuntik semangat supaya dia terus berani melangkah dan menonjolkan bakat.

“Kami adik-beradik tidak pernah bersaing sesama sendiri kerana berniat mencari rezeki. Saya tidak mahu dikatakan menumpang populariti. Biarlah kami saling membantu mengukuhkan tapak dalam industri seni tempatan.

“Saya sendiri tidak menyangka peminat Aiman memberi maklum balas positif terhadap Setiaku Pasti. Dendangan ciptaan ibu dan ayah ini sebenarnya membawa makna besar terhadap perjalanan seni saya,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Fara yang turut bernaung di bawah pengurusan Aries Music pernah tampil dalam muzik video lagu Ku Rela Dibenci yang melonjakkan nama

Aiman di persada hiburan.

Antara lain, gadis kelahiran Kuala Kubu Baru itu juga menyumbang suara dalam single kedua adiknya itu, Permata Cinta.

Carian Tronexus.rocks:

  • fara hezel

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp