Categories : Hiburan

 

PELAKON dan pengarah, Farid Kamil. – Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil, 36, mengakui berdebar apabila berganding dengan anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad, dalam penggambaran iklan produk.

Farid memberitahu, biarpun sudah biasa berlakon dengan kanak-kanak, pengalaman beraksi dengan anak sendiri cukup berbeza.

“Saya pernah berlakon bersama kanak-kanak lain. Apabila selesai penggambaran, kanak-kanak itu akan bersama ibu bapanya. Ini bermakna tanggungjawab saya sebagai pelakon setakat itu saja.

“Tetapi apabila digandingkan dengan Muhammad, saya bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan dia melakukan apa yang dimahukan pengarah,” katanya pada majlis pelancaran kempen Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini, di sini.

Iklan kempen itu adalah perkongsian strategik antara Syarikat Unilever Malaysia yang menghasilkan produk kebersihan Lifebuoy dan Rangkaian Televisyen (TV) Media Prima Berhad yang disiarkan sepanjang Ramadan.

Iklan itu bertujuan memberi penekanan mengenai kepentingan menjaga kebersihan kepada rakyat Malaysia.

Farid berkata, dia terkejut melihat hasil iklan produk terbabit, apatah lagi melihat anaknya berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan mengikut jalan cerita.

“Terus-terang selepas melihat hasilnya, saya lega sangat. Ketika penggambaran, saya tak sangka Muhammad akan menghayati wataknya dengan baik,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp