Categories : Sukan

 

Roger Federer

LONDON: Roger Federer memenangi gelaran Wimbledon kelapan dirinya dan muncul juara paling tua kejohanan itu selepas menewaskan Marin Cilic 6-3, 6-1, 6-4.

Pada usia 35 tahun, Federer mencatat gelaran Grand Slam ke-19 dirinya dan memecahkan rekod kejuaraan paling banyak Wimbledon, mengatasi Arthur Ashe yang berusia 32 tahun ketika memenangi Wimbledon pada tahun 1976.

Federer turut menjadi pemain pertama selepas Bjorn Borg pada tahun 1976, memenangi Wimbledon tanpa tewas sebarang set sepanjang kejohanan.

Bagaimanapun final ke-11 jaguh tenis Switzerland itu, dan ke-29 dalam kejohanan major, akan lebih dikenang dengan insiden Cilic menangis ketika ketinggalan 3-0 di set kedua.

Cilic yang dilanda kecederaan, meneruskan aksi selepas menerima rawatan di akhir set kedua walaupun menyedari impiannya untuk bergelar juara semakin tipis.

Pemain pilihan ketujuh dari Croatia itu adalah juara Terbuka Amerika Syarikat 2014.

AFP

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp