Categories : Hiburan

 

FIZI Ali dan Shakila Khoriri rancang mahu tamatkan zaman solo tahun ini.

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali merancang menikahi teman wanitanya, Shakila Khoriri, tahun ini.

Fizi yang mula intim dengan pelakon genit itu sejak empat tahun lalu, bakal melangsungkan pertunangan dengan Shakila pada 16 Julai depan.

“Jika diikutkan memang kami hendak mempercepatkan majlis perkahwinan, …Ia lebih afdal. Kalau boleh, kami tak mahu bertunang lama-lama.

“Bagaimanapun, setakat ini, kami belum ada tarikh perkahwinan,” katanya yang berganding dengan Halim Othman dan Zulin Aziz mengendalikan segmen pagi di stesen radio berkenaan.

Fizi yang juga finalis kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 memberitahu, majlis pertunangan dengan Shakila akan diadakan di Sungai Buloh.

“Diharapkan majlis pertunangan yang dirancang berjalan lancar. Doa yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Sementara itu, Shakila juga bersendapat dengan bakal tunangnya itu mengenai tempoh pertunangan.

“Jika lagi lama bertunang, lagi banyak dugaan akan datang kepada kami. Kalau boleh, kami mahu segerakan pernikahan. Mungkin akhir tahun ini,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp