Categories : Semasa

 

KETUA Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK, Arham Muchtar Achmad Bahar memeriksa batu besar yang terdapat fosil cengkerang yang dijumpai oleh sekumpulan penyelidik UMK di Felda Aring, Gua Musang. – Foto Faris Zainuldin

KOTA BHARU: Fosil cengkerang dipercayai spesis Trilobite yang ditemui sekumpulan penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jumaat lalu, akan dihantar ke Kanada atau Australia untuk mengetahui usia sebenarnya.

Ketua Jabatan Geosains, UMK, Arham Muchtar Achmad Bahar, berkata pihaknya sukar untuk mengetahui usia sebenar fosil terbabit berikutan kekurangan kelengkapan arkeologi.

“Fosil berukuran satu sentimeter yang ditemui pada bongkah batu kapur itu akan dihantar ke negara itu dalam masa terdekat ini.

“Selain itu, kita mahu fosil itu mendapat pengiktirafan daripada pakar luar negara kerana penemuan itu adalah yang kedua selepas penemuan di kawasan sama pada November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Bagaimanapun, Arham berkata beliau dan pasukan penyelidiknya percaya kemungkinan spesis yang ditemui itu sudah berusia di antara 250 hingga 450 juta tahun.

Katanya, pihaknya juga akan meneruskan kajian di beberapa kawasan di Gua Musang yang sudah dikenal pasti kewujudan fosil bersama agensi bertanggungjawab.

“Pada Julai nanti, satu penyelidikan terperinci akan dijalankan dengan Jabatan Mineral dan Geosains

(JMG) Malaysia di sekitar FELDA Aring dan juga Taman Negara Kuala Koh, di sini, bagi mengesan fosil hidupan lain selain spesis Trilobite.

“Kami perlukan kerjasama banyak pihak termasuk pihak Taman Negara untuk memberi kelulusan kepada kami untuk menjalankan kajian di kawasan terbabit.

“Kita berkeyakinan bahawa dinosaur spesies Theropod dan Sauropod pernah menghuni daerah ini berdasarkan penemuan jenis batuan yang sama seperti di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu,” katanya.

Semalam BH melaporkan sekumpulan penyelidik dari UMK menemui fosil bercengkerang Trilobite yang dianggarkan berusia 250 hingga 450 juta tahun di FELDA Aring, di sini.

Carian Tronexus.rocks:

  • anumerta umk

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp